Saturday, 17 November 2012

Pendaftaran PASTI An-Nur kini dibuka

PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI AN-NUR
Kampung Hilir Laut,
94650 Kabong, Sarawak.

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :

Ustazah Fatimah 019 3268042
Cik Maimunah 019 8855674 / 019 7477149

Waktu Pendaftaran :
Bulan : November dan Disember
9 pagi - 12 tghri (Isnin-khamis)

Menyediakan perkhidmatan :

1. Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun..
(Asas B.Arab, B.Melayu (membaca & menulis), B.Inggeris, Matematik, Al-Quran, Fardhu Ain dan Sains)

2. Kelas Iqra' dan Al-Quran (untuk sesiapa yang ingin belajar iqra' dan al-Quran)

Jom, rebut peluang yang ada..
Inginkan anak yang soleh dan solehah, pandai solat seusia 4 tahun..
Semoga dengan adanya PASTI, lahirlah generasi yang soleh dan solehah. Amin..

Friday, 12 October 2012

Pencarian Guru dan Pembantu Guru dan Iklan PASTI An-Nur

Seterusnya.....

Pencarian Guru dan Pembantu Guru untuk PASTI An-Nur telah berlangsung di Masjid Lama Kabong pada 6 Oktober 2012 baru-baru ini. Pada hari yang sama juga, kami telah membuat pemilihan Guru dan Pembantu Guru PASTI An-Nur dengan dibantu oleh Ust. Zalizan serta isteri iaitu Kak Mai..

Tahniah kepada calon yang terpilih dan barjaya dalam interview.
Bagi yang tidak berjaya, InsyaAllah, Mungkin rezeki anda di tempat lain.
Terima kasih kerana menghadiri temuduga pada hari tersebut..


Pemilihan Guru dan Pembantu Guru

Selesai sudah pemilihan guru dan pembantu guru. Gerak kerja seterusnya membuat iklan kemasukan PASTI An-Nur yang akan beroperasi pada Januari 2013. 


 Pastikan Anda Pilih PASTI An-Nur








Penubuhan PASTI An-Nur, Kabong

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi kerana diberi hidayah untuk membentuk sebuah barisan AJK PASTI Kawasan Kabong pada 8 September 2012. Dengan terbentuknya barisan AJK ini, kami telah bermesyuarat untuk membincangkan tentang penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam di Kawasan Kabong yang diberi nama PASTI An-Nur. 

Di mana, Kabong adalah sebuah kawasan perkampungan Melayu yang mempunyai penduduk yang agak ramai. Melihat kepada potensi ini, mencetuskan idea penubuhan cawangan PASTI di sini. Menyaksikan kejayaan PASTI di Kuching, Miri dan Bintulu serta perkembangan positif warga bandaraya tersebut dengan pembukaan Pusat Asuhan Tunas Islam ini yang sudah menyerlah akan kepentingan pendidikan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah juga menjadi satu semangat untuk kami menubuhkan PASTI An-Nur di Kabong dengan harapan tinggi untuk anak-anak Kabong.

Harapan kami semoga warga Kabong juga menyokong dengan apa yang kami sediakan untuk anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak ke PASTI An-Nur. Semoga usaha ini mendapat keredhaan dan keberkataan daripadaNYA. Amin (^_^)

InsyaAllah, PASTI An-Nur akan dibuka pada Januari 2013. Tunggu kedatangan kami warga Kabong..