Friday 28 December 2012

Kursus Guru PASTI di Kuching

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi kerana guru dan pembantu guru PASTI An-Nur, Kabong diberi peluang untuk mengikuti Kursus Guru PASTI pada 19/12/2012 sehingga 23/12/2012 iaitu selama 5 hari berkampung di Matang Jaya, Kuching..

Alhamdulillah, panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, melihat reaksi guru dan pembantu guru PASTI AN_NUR, KABONG mula bersemangat dan sudah bersedia ke alam kanak-kanak di PASTI AN-NUR yang akan dibuka dan beroperasi pada Januari 2013 ini.  Kanak-kanak akan melapor diri pada 1 Januari 2013 tahun depan (tak lama lg (^_^) bersedia...)... Semoga semangat mereka akan sentiasa kekal dalam diri mereka.. Apa yang mereka perolehi dari kursus tersebut akan dipraktikkan dan apa yang ingin dicapaikan akan direalisasikan kepada PASTI AN-NUR khususnya dan seluruh PASTI di Malaysia amnya..

Sebagai peringatan kepada semua terutama kepada seseorang yang bergelar pendidik (^_^)


KEMBALI KEPADA FITRAH MANUSIA
*  KEIKHLASAN
*  meyayangi & mengambil berat
*  Hindari sifat mazmumah, Semai sifat mahmudah - Hablum Minallah &Hablum Minannas
*  Kenali diri sebagai insan :
segalanya adalah pinjaman dan lakukan hanya yang terbaik di setiap kesempatan yang ada
*  Kaitkan mata pelajaran diajar dengan konsep ibadah.
*  DOA





Saturday 17 November 2012

Pendaftaran PASTI An-Nur kini dibuka

PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI AN-NUR
Kampung Hilir Laut,
94650 Kabong, Sarawak.

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :

Ustazah Fatimah 019 3268042
Cik Maimunah 019 8855674 / 019 7477149

Waktu Pendaftaran :
Bulan : November dan Disember
9 pagi - 12 tghri (Isnin-khamis)

Menyediakan perkhidmatan :

1. Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun..
(Asas B.Arab, B.Melayu (membaca & menulis), B.Inggeris, Matematik, Al-Quran, Fardhu Ain dan Sains)

2. Kelas Iqra' dan Al-Quran (untuk sesiapa yang ingin belajar iqra' dan al-Quran)

Jom, rebut peluang yang ada..
Inginkan anak yang soleh dan solehah, pandai solat seusia 4 tahun..
Semoga dengan adanya PASTI, lahirlah generasi yang soleh dan solehah. Amin..

Friday 12 October 2012

Pencarian Guru dan Pembantu Guru dan Iklan PASTI An-Nur

Seterusnya.....

Pencarian Guru dan Pembantu Guru untuk PASTI An-Nur telah berlangsung di Masjid Lama Kabong pada 6 Oktober 2012 baru-baru ini. Pada hari yang sama juga, kami telah membuat pemilihan Guru dan Pembantu Guru PASTI An-Nur dengan dibantu oleh Ust. Zalizan serta isteri iaitu Kak Mai..

Tahniah kepada calon yang terpilih dan barjaya dalam interview.
Bagi yang tidak berjaya, InsyaAllah, Mungkin rezeki anda di tempat lain.
Terima kasih kerana menghadiri temuduga pada hari tersebut..


Pemilihan Guru dan Pembantu Guru

Selesai sudah pemilihan guru dan pembantu guru. Gerak kerja seterusnya membuat iklan kemasukan PASTI An-Nur yang akan beroperasi pada Januari 2013. 


 Pastikan Anda Pilih PASTI An-Nur