Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi kerana guru dan pembantu guru PASTI An-Nur, Kabong diberi peluang untuk mengikuti Kursus Guru PASTI pada 19/12/2012 sehingga 23/12/2012 iaitu selama 5 hari berkampung di Matang Jaya, Kuching..
Alhamdulillah, panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, melihat reaksi guru dan pembantu guru PASTI AN_NUR, KABONG mula bersemangat dan sudah bersedia ke alam kanak-kanak di PASTI AN-NUR yang akan dibuka dan beroperasi pada Januari 2013 ini. Kanak-kanak akan melapor diri pada 1 Januari 2013 tahun depan (tak lama lg (^_^) bersedia...)... Semoga semangat mereka akan sentiasa kekal dalam diri mereka.. Apa yang mereka perolehi dari kursus tersebut akan dipraktikkan dan apa yang ingin dicapaikan akan direalisasikan kepada PASTI AN-NUR khususnya dan seluruh PASTI di Malaysia amnya..
Sebagai peringatan kepada semua terutama kepada seseorang yang bergelar pendidik (^_^)
KEMBALI KEPADA FITRAH MANUSIA




segalanya
adalah pinjaman dan lakukan hanya yang terbaik di setiap kesempatan yang ada

